Friday, October 28, 2011

Ikhtiar


Genap dua minggu sudah Wan pergi ke Tanah Suci Mekah, hanya Ayah saja yang lebih tahu perkembangan Wan di sana.
Wan ibu Ummi, tapi iya Wan lagi senang berhubung dengan Ayah.
Mungkin kerana Ayah pernah jadi petugas jemaah Haji, maka urusan jadi lebih teratur.

Ini bukan kali pertama Wan ke sana.
Cuma kali ini Wan kata, perginya Wan kali ini kerana Wan rasa terdaya lagi untuk ikhtiar cara akhir.
Bila ditanya ikhtiar apa, ikhtiar untuk siapa - Wan balas pendek.

"Untuk anak, cucu cicit Wan."

Wan senyum.

Along ingat lagi, saat semua orang berpelukan mencium tangan Wan, hampir semua menyuarakan hajat, meminta Wan mendoakan untuk mereka.

"Doakan untuk kakak sihat-sihat je time pregnant ni, Wan. Doa cicit first Wan ni tak banyak pe'elnya."
"Wan, tolong doakan untuk Ahmad, Wan. Ahmad nak kahwin ni hehehehehe."
"Wan, kita SPM tak lama lagi ni, tolong doakan untuk kita, Wan. Tau Wan? Tau?"

Wan tersenyum, sesekali tergelak melayan 13 cucunya ( tidak termasuk yang masih kecil dan tak mengerti apa-apa ) mengomel sambil bersalaman.

When it came to my turn, I knew I have to say something.
Everyone there was expecting I would, I bet everyone knew what I should be asking.
But I mumbled.
Close people around me knows how I'm not so used to ask for something, even when I need help, what more a favour.

Perangai orang yang tidak bijak ambil kesempatan, peluang bergolek terang datang.
Tapi Along memang, memang berat mulut.

Tunduk salam, cium tangan Wan.
Cium pipi kanan Wan, I whispered ; "Wan."
Cium pipi kiri Wan, I stopped.

Wan looked at me, smiling.

"I'll pray for you, Along. Depan Kaabah nanti, Wan akan doakan. Jangan risau. Wan akan doakan untuk Along."

As much I want to say a lot of things right that very moment, I could only afford to say "Terima kasih, Wan."
We hugged, and I could feel Wan patting me at the back, her way of reassuring me that she meant every word that she said earlier.


 

Hari ini 1 Zulhijjah, Wan.
Along juga berikhtiar disini, Wan.
Dengan izinNya.

Salam Zulhijjah, kalian :')

Thursday, October 27, 2011

I Wanna Yuna



Like them on Facebook : www.facebook.com/projekdiskobaldi
Follow them on Twitter : www.twitter.com/diskobaldi

Tuesday, October 25, 2011

Belajar


Along belajar untuk tidak berhenti menyayangi kamu tiap hari,
untuk setiap kesilapan yang kita kongsi-pelajari,
dan kegembiraan yang kita kongsi-rai. 

Happy Birthday, Wani Ardy!

Monday, October 24, 2011

#8 : Jumpa lagi kita di hari muka.


"Bilanya Long, kata nak masukkan TMAD dalam blog Along?"

Along senyum.
Yang Wafi tak tahu, I was struggling, no, struggling is a strong word - lemme rephrase that.

Yang Wafi tak tahu, I was trying to re-read Two Months And A Day without getting too carried away.
Yeah, I'm easily influenced like that.
Especially when it comes to "I've been there, done that." situation.

I managed to re-read it, I did.
I started from the last page, for I just had to know the ending of TMAD.
Senang, tak perlu berteka-teki sangat.

Iya, pengakhirannya bukanlah satu happy ever after.
Ada sedikit rasa amarah, rasa benci yang naif.
Naif dan jujur.
Tapi itu normal, at least it is to me.
Simply saying, I felt what he felt.
Tapi ya, itu semua akan basi, pergilah mati.

Wafi showed how he felt in a book of poems.

Maka lahirlah Two Months And A Day.


Two Months & A Day (TMAD) merupakan jurnal puisi yang disusun-atur oleh penulis di belog beliau (waafee.blogspot.com) sepanjang perhubungan istimewa bersama seorang gadis comel, sang penambat hati ketika itu.

Daripada belog, beliau berhasrat untuk membukukan ke dalam satu naskah, yang beliau namakan sebagai Two Months & A Day atau Dua Bulan & Sehari.

Niat penulis pada mulanya hanya untuk suka2, sekadar untuk memuaskan hati sendiri. Namun setelah difikirkan kembali (dengan bertongkatkan nasihat sahabat karib), beliau mula menjadikan TMAD sebagai permulaan beliau membawa karya2 naif beliau ke makluman umum.

Alhamdulillah, TMAD kini telah terjual hampir 200 naskah dan masih mempunyai permintaan yang pro-aktif.

The Two Months & A Day fever are spreading rapidly fast as I'm typing this away.
Get yours, HERE.

I always believe that all of us have different ways of going through and getting over relationships, either you let that makes you a better person or somehow be the person that you swore you would never be.

Your choice.


By the way, Along ada a few copies of TMAD with me.
Kalau segan berurusan dengan Wafi, tinggallah comment, I'll help.
:')


Sunday, October 23, 2011

#7 : Secukup rasa.

"Apemende ni, Long?"
"Apa dianya?"

Terpaksalah mata menjeling cepat ke arah tangan Qis sebelum kembali fokus ke pemanduan.

"Two Months And A Day ni. Mana dapat?"
"Erm. Beli. Ada this fella, he writes poem during his two months & a day relationship."

Memang zine itu ada dalam kereta sejak kali terakhir Along baca.
So much of my attempt on re-reading it, akhirnya tersadai di co-pilot seat.

"Pergh. Ada eh lagi orang tulis poems eh these days?"
"Ada lewww."
"And he publish all about it, make it into this, on his own?"
"Iyeee."
"Two months eyh?"
"And a day. Jangan tertinggal a day tu."
"Heh, okay."

*senyap*

"Can't believe a guy wrote all this."
"Khennnnn."

*senyap*

"Sweet kot."
"Agak ah."

*senyap*

"Anything can happen in two months eh, Long?"
"What more years."
"Eh, lek lah, Long."
"Wa rilek la niiiiiiii derrr."

*gelak-tepuk-tampar-eh-focus-drive*

"Ko da abes baca lom, Long?"
"Why?"
"Nak pinjam."
"Er, amik je ah tu. Aku dah baca."
"Siyes?"
"Eh jap. Eh tak, tak habis baca lagi."
"Ele. Dah habis baca ke tak senarnya ni?"
"Let's just say, I haven't read it as in really, really read it. Get what I'm saying?"
"Whoa. Chill, babe."

Ketawa yang awkward menyusul.
Tiba-tiba defensive bagai, boo.
Tekanan pada perkataan 'really' itu nampak sangat over-nya.

"Emolettewww."

Sama-sama ya, buat aksi pandang atas, tangan di dada.

Saturday, October 22, 2011

#6 : Takut.

Zine bertajuk Two Months And A Day dalam genggaman.

Foto ditengah naskah, ditatap dulu.
Wafi, Wafi.

Baca sekali pintas.
Tak sampai tiga minit, habis.

Baca tanpa perasaan memanglah pantas.

Atau sebab asalnya, kau tak mahu cuba rasa untuk berada di tempat Wafi ketika dia menulis semua itu?

Takut, kan?



*simpan zine jauh-jauh*

Friday, October 21, 2011

#5 Rezeki.

Seperti selalunya - di Gravy Baby mana lagi, malam itu kami makan malam bersama.
Bukan berdua sahaja yang pastinya, bukan.

Riuh borak teman-teman, sesekali dijeling pelanggan kedai sebelah.
Dari satu topik ke topik seterusnya,tiada siapa yang sebut tentang yang satu itu.

Bila Along boleh mencelah ni?

Tunggu.

Habis timeline di Twitter dibelek pun tiada yang sebut tentang yang satu itu.

Lamanya.

Ah, lantaklah.
Gamble ah tanya.
Awkward pun awkward-lah.

"Eh Wafi! Along nak beli zine Wafi tu, cousin Along nak lah."
"Seb baik memang ada satu copy sekarang ni."
"Yay! Rezeki Along lah."
"Ha?"

Isk, dia ni.

"I mean, rezeki cousin Along lah ni. Hee."

Thursday, October 20, 2011

# 4 : Stalker.

Notifikasi muka buku masuk.

Hi Zunaira,

Adi Wafi wants to be friends with you on Facebook.

Senyum sendiri.
*klik butang Confirm*
*aktifkan mod Stalker*

*Stalker buat muka whatever sambil belek Album Photos*

*Stalker buat muka terkejut bila tahu umur sebenar*

*Stalker puas hati jumpa apa yang dicari*

Two Months & A Day (TMAD) merupakan jurnal puisi yang disusun-atur oleh penulis di belog beliau sepanjang perhubungan istimewa bersama seorang gadis comel, sang penambat hati ketika itu.
*Stalker rancang idea bernas (lah sangat) dia*

Wednesday, October 19, 2011

#3 : Belum layak.

"Nah! Pegang ni! Nak amik gambar jap!" Pinta Wafi pada Jay.
Jay senyum sambil memegang yang Along kurang pasti itu apa.
Majalah? Buku?

Yang jelas tulisan TWO MONTHS & A DAY terpampang di muka depan.

Selesai dengan Jay, Wafi minta pula yang lain untuk bergambar dengan naskah itu.
Seorang demi seorang.
Ketawa berselang seli, masing-masing penuh dengan aksi.
Along berdiri di tepi, sedikit berharap diajak sekali....

Tapi iyalah, kau siapa pada dia, Long?

Belum layak.
Belum layak.

Tuesday, October 18, 2011

#2 : Senyum ada makna!

"Kenapa panggil dia Adi?" Tanya Omar.
"Er, dah tu?"
"Orang takde nama Adi memang mengada letak nama Adi kat depan bagai." Jeling Omar.
"Iye ke.... mana la Along tau........"

Segannya.
Mungkin sebab itu dia senyum semalam.
Senyum mentertawakan kesilapan Along memanggilnya Adi instead of Wafi.

Damn-lah!

Monday, October 17, 2011

#1 : Senyuman adiwira?

"Adi, tolong ambilkan kotak tu."
"Yang ni?"
"Ha yes. Cepat gak kamu catch up lipat kekotak ni eh?"
"Saya fast-learner, tadehal lah."

Dia senyum.
Itu agaknya pertama kali dia senyum pada Along.
Malam itu juga Along klik butang "Follow" pada akaun twitternya.

Monday, October 03, 2011

If

how to make gif


22 months and 3 days it has been with the colleagues,
If I were to start anew, somewhere else, they will be the one I definitely miss most.

But I really got to decide.
Soon.